Kuala Lumpur - Adun Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail yang dilaporkan tidak sedarkan diri tengah hari tadi, akan menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur, petang ini.
Ketua Umno Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, selepas menjalankan ujian pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan), doktor mendapati pembedahan segera harus dijalankan ke atas Zainuddin.
"Saya difahamkan oleh doktor, kemungkinan terdapat ketumbuhan di bahagian otak dan beliau masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pihak hospital akan menjalankan pembedahan pada bila-bila masa sahaja.
"Kebelakangan ini beliau memang nampak tidak sihat. Saya ingat mungkin hanya disebabkan tekanan kerjanya sebagai wakil rakyat," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Jelebu pengsan, dihantar ke HKL]
Jalaluddin meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai keadaan Zainuddin dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian.
Terdahulu, Zainuddin dikejarkan ke Hospital Jelebu selepas tidak sedarkan diri di rumahnya tengah hari tadi sebelum dihantar ke HKL untuk menjalani rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor