
Grimsby - Seorang anggota pengawal binatang perosak berjaya menangkap seekor tikus besar yang mempunyai saiz sama dengan seorang bayi.
Laporan Dailymail UK mengatakan tikus yang berukuran 2 kaki panjang tersebut ditangkap di Humberston selepas dilaporkan orang awam.
Pemilik syarikat kawalan binatang perosak, Jeff Sullivan, 58 mengesahkan tikus tersebut adalah yang paling besar beliau pernah lihat.
"Sebelum ini terdapat ilusi dalam gambar tikus yang ditangkap, menunjukkan saiz tikus lebih besar dari yang sepatutnya," kata Jeff.
"Tikus ini adalah yang paling besar pernah saya saksikan," tambah Jeff lagi yang sudah berkhidmat selama 18 tahun dalam bidang tersebut.
Kata beliau, kehadiran tikus membuktikan terdapat pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
"Tikus membawa 35 jenis penyakit termasuk kencing tikus dan gigitannya yang merbahaya.
"Tikus juga boleh melindungi diri sendiri terhadap racun tikus, jadi adalah lebih baik jika anda gunakan khidmat pakar," jelas Jeff panjang lebar.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor