Pages

Wednesday, April 20, 2016

SIKAP MANUSIA PUNCA RASIS BUKANNYA DASAR KERAJAAN


Rasis tetap berlaku sampai kiamat


Shah Alam - Dasar kerajaan yang digubal kerajaan hari ini dilihat adalah adil kepada masyarakat berbilang kaum dalam negara.

‎Fello Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat, apa yang diputuskan kerajaan adalah saksama.

"Tidak timbul perkara itu (perbezaan hak masyarakat mengikut kaum) kerana semasa menggubal dasar semua pihak diajak untuk berbincang.

"Cuma yang menyebabkan berlakunya kertirisan adalah sikap manusia itu sendiri," katanya ketika Wacana Sinar Harian Edisi 38, bertajuk ‘Sampai Bila Mahu Rasis’ di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam semalam.

Antara panel lain adalah Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Datuk Ibrahim Saad; Pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu/Aktivis Sastera, Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman dan Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) Bro Firdaus Wong.‎

Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Nazri Kahar (Astro Awani).‎

Tambahnya, sifat kemanusiaan itulah yang membuat berlakunya perbuatan dikatakan rasis.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor