
Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik, dapat menyampai mesej ke seluruh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan.
Dalam catatan terbarunya dalam Facebooknya, perdana menteri berkata, Malaysia juga sentiasa berusaha untuk menggalakkan kesatuan ummah untuk keteguhan bersama.
Najib juga berkata, pagi tadi beliau telah menjemput kepada Dr Zakir untuk bersarapan pagi di kediamannya.
Dr Zakir, 50, berada di negara ini untuk mengadakan siri syarahan agama dan selepas jelajah Terengganu berakhir semalam, beliau akan mengadakan syarahan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor