Pages

Saturday, April 9, 2016

RAYANI AIR HENTI OPERASI SEMENTARA


Rayani Air


Shah Alam - Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air hari ini mengumumkan operasinya diberhentikan sementara, hari ini.

Namun melalui pengumuman ringkas yang dibuat di Facebook rasminya itu tidak menyatakan sebarang alasan.

“Salam sejahtera, operasi Rayani Air diberhentikan buat sementara waktu untuk penyelenggaraan pengurusan. Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Segala masalah boleh hubungi Rayani Call Centre,” umum syarikat penerbangan yang baru beroperasi kira-kira tiga bulan itu.

Cubaan Sinar Online untuk mendapatkan respons Rayani Air masih gagal setakat ini.

Melalui laporan media tempatan, ada penumpang mendakwa juruterbang Rayani Air telah melancarkan mogok hingga menyebabkan sekurang-kurangnya tiga penerbangan dibatalkan, semalam.

Rayani Air turut berkongsi laporan berita mengenai juruterbangnya yang didakwa mogok itu di Facebook rasminya itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor