
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, melahirkan kebimbangan terhadap isu perpaduan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa kini.
Menurut baginda, semua pihak khususnya pemimpin masyarakat perlu memandang serius dan memberi perhatian kepada isu perpaduan dalam kalangan masyarakat.
“Saya selalu tenung-tenung perpaduan tetapi kalau tengok dalam surat khabar macam-macam berita, betul ke ini perpaduan?
“Jadi kita perlu renung sama sendiri adakah benar kita betul-betul bersatu atau pun kita hanya bercakap pasal perpaduan.
“Saya nak mengingatkan di sini kepada semua pemimpin, harus buktikan perpaduan ini benar-benar wujud dari akar umbi sampai ke atas,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Al-Muttaqin Kampung Sempam Baru, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Abd Moin; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun; Adun Batu Talam, Datuk Aziz Mat Kiram dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Tengku Abdullah bertitah, perpaduan dalam kalangan masyarakat pada hari ini yang dilihat agak longgar perlu diberi perhatian serius demi masa depan negara.
Katanya, kesedaran mengenai pentingnya semangat perpaduan harus dipupuk dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor