Pages

Thursday, April 28, 2016

#PRNSARAWAK: KOMUNITI CINA TUPONG IKRAR SOKONG CALON BN




Kuching: Penduduk dari komuniti Cina kawasan Matang berikrar akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) N.6 Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Rata-rata penduduk di kawasan ini menyatakan bahawa mereka selesa terhadap pembangunan pesat yang sedang berlaku di kawasan N.6 Tupong.

Menurut Kapitan Kuan Ngit Chin, sokongan itu bukan sahaja untuk membolehkan pembangunan di kawasan itu diteruskan, tetapi yang lebih penting ialah demi untuk mengekalkan perpaduan antara kaum yang telah terjalin sekian lama.

“Sokonglah kerajaan yang sedia ada demi perpaduan kita,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis sambutan Hari Jadi Tai Pak Kung, anjuran Persatuan Komuniti Cina Matang di sini semalam.

Sementara itu, pada majlis yang sama seorang penduduk yang dikenali sebagai Uncle Liang Bing turut menyatakan sokongannya terhadap parti pemerintah. Beliau yang begitu teruja bersalaman dan memberi kata-kata semangat kepada calon BN yang hadir.

“Saya sokong Fazzrudin, saya sokong BN,” katanya

Kira-kira 700 penduduk yang terdiri dari kaum Cina menghadiri Majlis tersebut.

Hadir sama Ahli Parlimen Petra Jaya Merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Alfred Yap Chin Loi, Penghulu Tsai Khiun Khian, Kapitan Kuan Ngit Chin, calon BN N.6 Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, dan pemimpin-pemimpin kaum Cina sekitar kawasan N.6 Tupong.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor