
Calon DAP N.32 Simanggang, Leon Jimat Donald mengejutkan pengundi Simanggang hari ini dengan menjanjikan untuk membina Hospital Sri Aman sekiranya beliau memenangi pilihanraya pada 7hb Mei ini.
Janji Leon ini membuatkan kita ketawa terbahak-bahak, apatah lagi mengenali sikap DAP yang biasanya menjauhkan diri dari bertanding di kawasan yang menelan belanja yang besar untuk berkhidmat. Persoalannya :
1. Dari mana Leon nak dapat dana sebanyak RM 200 juta bagi membina Hospital Sri Aman? Adakah beliau ingin mengakui bahawa memang benar DAP menerima dana 1.2 Billion itu?
2. Tanggungjawab membina Hospital Terletak ditangan kerajaan Persekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Rakyat Simanggang pasti tahu, lebih baik mereka undi calon BN yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan, jika mahu Hospital tersebut dibina.
3. Apa motif Leon menjanjikan sesuatu yang sudahpun mula dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional? Macamana beliau hendak jadi ADUN di Simanggang, Hospital tersebut dalam proses pembinaanpun dia tidak tahu.
Untuk makluman Leon, Projek Pembinaan Hospital Baru Sri Aman telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2011 dalam satu siri walkabout beliau. Hospital yang akan mempunyai 108 katil ini mempunyai 2 Fasa pembinaan.
Dalam Fasa 1, skop kerja melibatkan kerja tanah dan rawatan tanah. Fasa 1 sudahpun dimulakan sejak Julai 2012 dan telah siap pada Ogos 2013. Kerja-kerja itupun sudah menelan belanja RM10 juta. Takkanlah Kerajaan nak bakar RM 10 juta semata-mata untuk mengaburi mata rakyat? Sudah pasti mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan hospital tersebut sebelum 2018 sepertimana dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri.
Untuk Fasa 2 pula, Pasukan Projek Khas Bangunan JKR, HQ (PPKB) telah diarahkan untuk memantau perlaksanaannya. Fasa 2 Projek pembinaan Hospital Baru Sri Aman ini telah bermula pada 26 Oktober 2015 dan dijangka siap pada 25 Oktober 2018. Kos bagi Fasa 2 ini pula menelan belanja sebanyak RM176 juta. Ianya meliputi pembinaan bangunan utama hospital, kuarter pegawai, bangunan-bangunan kecil dan kerja-kerja lain.
Mungkin Leon wajar melawat tapak tersebut sekarang sebelum beliau memalukan dirinya sendiri. Beliau boleh melihat sendiri kerja-kerja menanam cerucuk bangunan sedang dijalankan dengan rancaknya. Setakat ini kemajuan kerja adalah 12% sebenar vs 14% yang sepatutnya mengikut jadual. Kalaupun lewat 2% disebabkan kerja-kerja "preliminary", adalah tidak adil untuk mengatakan projek pembinaan hospital itu gagal sedangkan kontraktor bumiputra yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan hospital tersebut iaitu Faltech Engineering Sdn Bhd dan JV Welfield Services Sdn Bhd, begitu optimis bahawa hospital tersebut boleh siap sebelum 25 Oktober, 2018 sepertimana dijadualkan.
Oleh Dato' Lokman Adam
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor