
Kampung Raja - Polis berjaya menggagalkan hasrat sekumpulan pemuda yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penganjuran pesta ganja yang lebih dikenali Pesta 420 di Pantai Teluk Gadong, Dungun.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, kejayaan ini ekoran penahanan empat lelaki berusia 18 hingga 27 tahun di sebuah wakaf berhampiran kawasan pantai tersebut kira-kria jam 5.40 petang.
Menurutnya, penahahan suspek dilakukan hasil risikan dan pemantauan pihak polis susulan laporan yang diterima pada 12 April berhubung viral mengenai penganjuran pesta itu melalui media sosial.
“Hasil pemantauan sejak jam 3 petang semalam, polis berjaya mengesan dan memberkas empat lelaki terbabit termasuk dua suspek memakai baju bertulis ‘DAMAI’ yang dikaitan dengan Pesta 420 itu. Salah seorang daripada mereka dibebaskan kerana saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah manakala tiga yang lain positif dadah jenis ganja.
“Pemeriksaan lanjut polis menemui 13 batang rokong gulung dipercayai berisi daun ganja dan satu pakes plastik gula-gula dipercayai mengandungi dadah jenis sama dan keseluruhan rampasan ganja itu seberat 22.3gram,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di IPD Besut di sini, semalam.
Rosli berkata, hasil siasatan awal mendapati dua suspek berusia 24 dan 25 tahun itu mengaku menjadi penganjur pesta berkenaan namun menafikan pemilik akaun Instagram tersebut sementara remaja 18 tahun pula adalah pelajar sebuah institusi kemahiran di Kuantan, Pahang.
Dalam perkembangan lain, Rosli berkata, hasil pemantauan pihak polis bersama Pejabat Agama Daerah dan Majlis Daerah Besut (MDB) mendapati tidak ada sebarang aktiviti pesta ’Full Moon Beach Party’ seperti diviralnya sebelum.
Menurutnya, biarpun begitu, pihaknya masih melakukan pemantauan di Pasir Panjang, Pulau Perhentian Kecil itu sehingga semalam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor