Pages

Saturday, April 23, 2016

PKR SELALU IKUT TELUNJUK DAP


PKR


Kuching - PKR Sarawak sudah lama mengikut telunjuk DAP Sarawak tetapi apabila hasrat Boniface Willy Tumek untuk bertanding kerusi Tasik Biru pada pilihan raya negeri kali ini tidak dipenuhi, naib pengerusi PKR negeri itu mengumumkan keputusan untuk keluar parti.

Tumek mendedahkan keadaan sedemikian sering berlaku ketika mesyuarat antara pakatan pembangkang di negeri ini, khususnya dalam menentukan calon dan kerusi pada setiap pilihan raya.

"Memang ada mesyuarat antara PKR dan DAP negeri dalam pakatan pembangkang di Sarawak. Namun setiap kali bermesyuarat, PKR tidak ada kuasa untuk pilih kerusi mana, dan kena setuju dengan apa sahaja keputusan DAP negeri," katanya semalam.

Semalam, Tumek, 59, dalam satu kenyataan mengemukakan surat peletakan jawatannya setelah PKR gagal mendapatkan jaminan untuk beliau menjadi calon bagi kerusi Dun Tasik Biru, kawasan yang terletak di Bau dekat sini, dan sebaliknya bersetuju supaya DAP bertanding kerusi itu.

Menurut Tumek, kepimpinan PKR terlalu berlembut dengan DAP dalam isu pembahagian kerusi. 

Tumek berkata, beliau menjangka kecenderungan PKR mengikut telunjuk DAP akan berterusan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding di kerusi Dun Tasik Biru sebagai calon Bebas, Tumek berkata beliau tidak mempunyai perancangan untuk berbuat demikian.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian hari ini mengumumkan calon PKR untuk bertanding di 35 kawasan dan masih berharap untuk meletak lima lagi calon.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor