Pages

Tuesday, April 26, 2016

PERJANJIAN DAP DAN PKR HANYA TINGGAL 'JANJI MANIS'




Perjanjian yang diantara DAP dan PKR boleh diumpamakan hanya tinggal ‘janji manis’ apabila perbalahan kedua-dua pihak mengenai pengagihan kerusi masih berterusan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 semalam.

PRN pada kali ini bakal menyaksikan pertembungan sesama sendiri dua parti komponen Pakatan Harapan, DAP dan PKR di enam kerusi iaitu Mambong, Simanggang, Murum, Mulu, Ngemah dan Batu Kitang.

Mengikut perjanjian bertulis yang ditandatangi menerusi Lim Guan Eng dan Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini, kedua-keduanya bersetuju secara prinsip membenarkan PKR bertanding di Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga.

Manakala DAP pula mendapat Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum.

Namun, PKR dikatakan telah melanggar perjanjian terbabit apabila parti berkenaan turut meletakkan calon mereka di kerusi yang diperuntukkan kepada DAP menyebabkan berlaku pertindihan di beberapa kerusi.

Nyata sekali perbalahan mereka untuk mencapai kata sepakat dalam isu pengagihan kerusi jelas terserlah sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan pecahan undi rakyat.

Sehingga ke hari ini, Presiden DAP Sarawak, Chong Chieng Jen turut menyelar tindakan PKR sebagai tidak bermaruah dan tidak menetapi janji menyebabkan DAP mengambil keputusan drastik dalam pertukaran calon di beberapa kerusi.

Bagaimana hendak mentadbir negeri dan membantu masalah rakyat sedangkan masalah dalaman mereka sendiri jelas menampakkan ego masing-masing tanpa kerjasama yang kuat?

Justeru, adalah lebih baik dikuburkan sahaja Pakatan Harapan jika kedua-duanya sanggup menyerang sesama sendiri.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor