Pages

Monday, April 25, 2016

[PEKAN] LADANG FELCRA SERAMBI, PULAU RUMPUT TERSELAMAT


Ladang Felcra Serambi, Pulau Rumput terselamat


Bomba dan Penyelamat Pekan berjaya mengawal kebakaran hutan daripada merebak memusnahkan Ladang Felcra Serambi dan Pulau Rumput dekat Jalan Pekan-Paloh Hinai.

Ketua balai tersebut, Wan Samsul Efendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian kebakaran hutan itu pada Rabu lalu sebelum operasi bermula jam 1 petang.

Menurutnya, kebakaran hutan dipercayai berlaku akibat pembakaran terbuka untuk aktiviti bertanian sebelum merebak ke kawasan ladang Felcra itu.

"Hutan yang terbakar ini terletak bersebelahan dua ladang Felcra iaitu Serambi dan Pulau Rumput seluas kira-kira 1,500 hektar.

"Kebakaran merebak pantas berikutan cuaca panas dan kering sehingga memusnahkan 500 hektar ladang kelapa sawit membabitkan kawasan Felcra Serambi.

"Alhamdulillah, tindakan pantas 15 anggota dan seorang pegawai dibantu 20 pekerja ladang serta JKKK Pulau Rumput, kebakaran berjaya dikawal daripada terus merebak keseluruhan ladang berkenaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor