
Kuala Lumpur - Laporan berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini siap sepenuhnya, kata Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw.
Beliau berharap laporan itu dapat dibentang pada persidangan Dewan Rakyat Khamis ini "jika tiada sebarang kecemasan atau hal-hal lain".
"Memang hasrat kita untuk bentangkan laporan itu Khamis ini, tetapi bergantung pada banyak perkara termasuk pindaan di saat akhir dan percetakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.
Dr Seng Giaw yang juga ahli Parlimen Kepong berkata, PAC bersidang sehingga pukul 9 malam tadi bagi memuktamadkan laporan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor