Pages

Saturday, April 2, 2016

NAK JALA IKAN, DAPAT TENGKORAK MANUSIA


Nak jala ikan, dapat tengkorak manusia


Kuala Pilah - Seorang lelaki yang pada awalnya menyangka mendapat ikan ketika menjala di Sungai Muar di Kampung Gentam, terkejut apabila dia terjala tengkorak manusia.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, lelaki yang tergamam melihat ada tengkorak manusia dalam jalanya bersama hasil tangkapan itu terus memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd Rahman berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah dan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan ke lokasi untuk siasatan.

"Kami dapati, tengkorak yang masih ada gigi itu dipercayai milik orang dewasa. 

"Tengkorak terbabit telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dianalisis bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Jelasnya, polis masih belum dapat mengesahkan penemuan itu dengan kematian akibat perbuatan jenayah atau kemalangan. 

"Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor