Pages

Tuesday, April 5, 2016

MEMANG DAP BUKAN MANGSA TAPI RAKYAT P.PINANG


Abdul Rahman Dahlan


Putrajaya - "‎Bukan DAP yang menjadi mangsa, sebaliknya penduduk Malaysia yang berada di Pulau Pinang", demikian ujar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu dakwaan penyelewengan membabitkan pembangunan di Taman Manggis, Pulau Pinang.

"Saya tidak merasakan tindakan Shabudin (Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya)‎ mendedahkan isu banglo atau taman perumahan menjadikan DAP sebagai mangsa.

"Sebaliknya yang menjadi mangsa adalah rakyat di negeri itu," kata beliau pada sidang media di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini, hari ini.

Isu banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mula menjadi sebutan sebaik sahaja Shabudin mendedahkan mengenai hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli Guan Eng di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Shabudin yang menyebut perkara itu pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen bulan lalu meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian hartanah terhadap banglo milik Guan Eng.

Dikatakan, nilai semasa rumah itu adalah lebih daripada RM3 juta.

Shabudin dalam pendedahannya turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor