Pages

Tuesday, April 12, 2016

JAMBATAN ROBOH, JENTERA BOMBA TERHUMBAN DALAM SUNGAI


Jambatan roboh, jentera bomba terhumban dalam sungai


Kudat - Sebuah jentera bomba terhumban ke dalam sungai selepas jambatan kayu yang mereka lalui di Kampung Korina, dekat sini, roboh.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khairul Azuan Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 2 petang itu, anggota bomba berkenaan dalam perjalanan untuk memadamkan kebakaran hutan di kawasan perkampungan Korina.

Bagaimanapun, katanya, ketika melalui jambatan itu, ia roboh menyebabkan jentera bomba turut terhumban ke dalam sungai.

"Mujur kesemua tujuh anggota yang berada dalam jentera berkenaan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Inilah antara risiko dihadapi anggota bomba dan penyelamat dalam menjalankan tugas," katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor