Pages

Friday, April 1, 2016

IBU BAPA HERET ANAK KE MAHKAMAH, USIR KELUAR RUMAH


Ibu bapa heret anak ke mahkamah, usir keluar rumah


Beijing - Dek kerana tidak tahan dengan perangai anak sendiri, sepasang suami isteri di sini bertindak mengheret anak perempuan mereka ke mahkamah bagi mengusir keluar dari kediaman mereka.

Memetik Beijing Morning Post, pasangan suami isteri berkenaan berkata, anak perempuannya yang masih belum berkahwin itu semakin biadab sejak usianya meningkat dan sering bertengkar dengan mereka.

Pada mulanya mereka hanya bercadang untuk ke pejabat kehakiman masyarakat dengan harapan untuk mendamaikan hubungan mereka, namun anak mereka enggan berbuat demikian menyebabkan mereka mengambil keputusan membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Walaupun tingkah laku anak perempuannya menjejaskan kehidupan harian, pasangan itu tetap meminjamkan 150,000 yuan (RM 91, 107) untuk membeli sebuah rumah dengan harapan anaknya itu akan berpindah.

Namun anaknya itu tetap enggan berpindah dan menegaskan dia harus tinggal bersama ibu bapanya untuk menjaga mereka yang sudah tua.

Mahkamah kemudian memerintahkan anak perempuan pasangan itu berpindah keluar dari rumah tersebut.

Mahkamah Beijing berkata, ibu bapa adalah pemilik yang sah bagi rumah tersebut dan berhak mengecualikan sesiapa untuk tinggal di rumah berkenaan termasuk anak perempuan mereka sendiri.

Tambahan pula, wanita berkenaan sudah mempunyai pendapatan stabil.

Di akhir penghakiman, hakim berkata, anak wajib mentaati, menghormati dan menjaga ibu-bapa mereka dan menggesa keluarga tersebut untuk mendamaikan pertengkaran antara mereka.

Ini bukan kes pertama ibu bapa mengheret anak-anak mereka ke mahkamah.

Pada tahun 2013, seorang wanita warga emas di Fusheng menyaman anak-anaknya kerana tidak menjaganya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor