Pages

Saturday, April 2, 2016

DUA BEKAS ATLET NEGARA KEMALANGAN


Dua bekas atlet negara kemalangan


Dua kejadian kemalangan jalan raya dalam masa dua hari berturut-turut menjadi detik hitam buat dunia sukan negara. 

Kejadian pertama melibatkan bekas atlet olahraga, P Sidamparam.

Sidamparam, 55, pernah mewakili negara untuk acara larian jarak jauh di empat Sukan Sea iaitu pada tahun 1983, 1985, 1987 dan 1989.

Dalam kejadian baru-baru ini, motosikal ditunggang Sidamparam bertembung kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kucing.

Akibat pelanggaran itu, Sidamparan cedera parah di muka, tangan dan kaki kiri dan menjalani pembedahan di Hospital Selayang.

Kejadian kedua pula melibatkan bekas atlet golf negara, Mohd Shaaban Mohd Hussin.

Shaaban, 36, terbabas apabila motosikal berkuasa tingginya cuba mengelak kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie.

Juara Kejohanan PGM Sime Darby Harvard 2016 itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut akibat cedera parah termasuk patah tangan dan kaki kiri.

Shaaban dalam perjalanan ke Kelab Golf & Country Glenmarie di Shah Alam bagi menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Darul Aman PGM di Kedah, minggu depan.

Pencapaian terbaik Shaaban musim ini menduduki tempat kelima Kejohanan PGM CCM Rahman Putra di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) menanggung pembiayaan rawatan perubatan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor