Pages

Friday, April 8, 2016

[BENTONG] GEMBIRA DAPAT RUMAH PPRM


Gembira dapat rumah PPRM


Kegembiraan terpancar pada wajah 80 keluarga yang menerima rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) di Kampung Baris, di sini, yang dijangka boleh didiami hujung tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sebanyak 129 unit rumah PPRM dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur yang mampu memberi keselesaan kepada keluarga bakal mendudukinya.

Menurutnya, pembinaan rumah PPRM di kawasan itu dapat membantu menyelesaikan masalah perumahan bagi 80 keluarga terbabit selain mengurangkan kos sara hidup mereka.

“Mereka diberi keutamaan untuk diami rumah berkenaan berdasarkan prosedur dan syarat sedia ada. Pelbagai kemudahan termasuk taman permainan disediakan di situ.

“Rumah itu berharga RM30,000 seunit setelah ditolak subsidi kerajaan,” kataketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Rumah dan cabutan undi PPRM di Kampung Baris, di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Adnan berkata, lebihan unit rumah PPRM akan diuruskan kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan lagi pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat terutama bagi golongan berpendapatan rendah.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor