
Gua Musang - Kira-kira 700 masjid dan surau yangrosak akibat banjir besar di Kelantan pada 2014 telah dibaik pulih, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, sebanyak RM10 juta digunakan bagi program baik pulih berkenaan hasil sumbangan orang ramai menerusi Tabung Pemulihan Masjid Kelantan yang dilancarkan tahun lepas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup program Kayuhan Prihatin Wakaf di Kampung Batu Papan, di sini, semalam.
Peserta kayuhan basikal sejauh 20km itu singgah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Sungai Terah, Kampung Kerinting dan Kampung Batu Papan di sini untuk menyampaikan sumbangan kepada warga miskin.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor