Pages

Thursday, March 3, 2016

PENDUDUK PESISIR PERLIS, KEDAH DAN P.PINANG PERLU JAUHI PANTAI


pantai


Kuala Lumpur - Penduduk di kawasan persisir pantai Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dinasihati menjauhi kawasan pantai bermula jam‎ 12.45 tengah malam tadi berikutan kesan gempa kuat di barat daya Sumatera, Indonesia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata, ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Amaran ini dikuatkuasakan sehingga notis baharu dari kementerian itu disiarkan melalui media massa, laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Facebook atau hubungi Met Malaysia di talian 1-300-22-1638, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga berkata tiada laporan kerosakan harta benda di Selangor dan Johor dilaporkan setakat ini berikutan gegaran daripada gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter pada pukul 8.49 malam ini.

Gempa bumi itu berpusat kira-kira 649km Barat Daya dari Siberut, Indonesia, iaitu 1,163km Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor