Pages

Monday, March 7, 2016

OBJEK DI PULAU LA REUNION AKAN DISAHKAN MALAYSIA


MH370


Kuala Lumpur - "Penemuan terbaru satu objek di pulau La Reunion hari ini hanya boleh disahkan selepas sepasukan pakar Malaysia dan pasukan penyiasatan MH370 mengesahkan objek yang ditemui," kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi.

Pasukan Malaysia terdiri pakar-pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines.

"Mana-mana serpihan ditemui di kawasan itu buat sementara waktu, mungkin, adalah daripada MH370 sehingga ia disahkan kemudian," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Sebuah agensi berita hari ini melaporkan penemuan serpihan kedua dipercayai kemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 di Pulau La Reunion, milik Perancis yang terletak di Lautan Hindi, Khamis lalu.

Serpihan itu ditemui Johnny Begue ketika dia keluar berjoging di tepi pantai, orang yang sama menemui 'flaperon', serpihan sayap pesawat daripada pesawat yang hilang itu, semasa membersihkan pantai pada Julai tahun lalu.

Minggu lalu, media juga melaporkan penemuan satu objek dipercayai sebahagian daripada pesawat yang hilang di tebing pasir di Mozambique berdekatan Pulau La Reunion.

Satu pasukan DCA dijadual mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatan mereka dari Mozambique di negara Afrika Selatan itu hari ini untuk berbincang mengenai penemuan satu objek dan membawa balik serpihan berkenaan.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Satu kenyataan sementara mengebnai MH370 akan dikeluarkan para penyiasat Malaysia esok, manakala Yang Dipertua Dewan Rakyat akan menyampaikan ucapan bagi memperingati ulang tahun kedua tragedi itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor