Shah Alam – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan pemilihan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai rakan komponen oleh Pas untuk membentuk blok politik ketiga menimbulkan tanda tanya.
Hal ini kerana parti politik baharu itu langsung tidak mempunyai kerusi di Parlimen.
“Pas mempunyai 21kerusi (di Parlimen). Setelah berpecah, Pas tinggal 13 kerusi. Umno ada 88 kerusi, BN menguasai 134 kerusi. Untuk memerintah parti-parti politik hanya perlukan 112 kerusi.
“Kewajaran Pas berpakat dengan parti yang tidak ada kerusi Parlimen menimbulkan tanda tanya,” katanya dalam status yang dimuat naik di Facebook, hari ini.
Semalam, Pas mengumumkan Ikatan sebagai rakan komponennya dalam pembentukan blok politik ketiga di negara ini selepas BN dan Pakatan Harapan.
Namun pembentukan blok politik ketiga itu disifatkan pemerhati politik bukan gabungan yang kukuh untuk menjadi alternatif kepada BN dan Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor