Pages

Friday, March 4, 2016

KEBEBASAN BERSUARA ADALAH KEISTEMEWAAN, BUKAN MUTLAK


Salleh Said Keruak


Kuala Lumpur - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat seseorang itu perlu dianggap sebagai satu keistimewaan dan ia tidak bersifat mutlak.

"Keistimewaan itu, sekiranya disalahgunakan, ia kadang-kadang boleh ditarik balik.

"Tidak ada perkara seperti hak kebebasan bersuara yang mutlak walaupun had kebebasan ditolak di negara Barat pada tahap di mana kita di Timur masih boleh menerima dan dipertimbangkan, mereka masih mempunyai undang-undang yang mengawal selia perkara mengenai fitnah, menjatuhkan maruah, perkauman, seksisme dan sebagainya," katanya dalam kiriman terbaru dalam blognya, sskeruak.blogspot.com.

Beliau juga mengeluh bahawa kebebasan bersuara dan luahan pendapat seseorang itu hampir diambil mudah dalam era dunia tanpa sempadan kerana internet.

Salleh berkata adalah diperakui dan diterima bahawa wacana dan pertukaran idea dan pendapat merupakan asas kepada kemajuan dan pembelajaran.

"Tetapi ia perlu dilakukan secara membina, sivil dan matang dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Menjatuhkan maruah seseorang atau melemparkan penghinaan adalah bertentangan dengan semua ini. Anda dianggap tidak senonoh untuk tidak mematuhi peraturan perbincangan yang sepatutnya," katanya.

Katanya sesuatu masalah tercetus apabila orang berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan berpura-pura mereka cuma mahu berbincang dan berdebat dan kemudian tidak bersetuju hanya semata-mata untuk tidak sehaluan.

"Politik adalah mengenai persepsi, maka perang persepsi menjadi semakin hebat untuk memenangi hati dan minda rakyat susulan perbezaan politik meningkat.

"Dan ini adalah apabila kita menerima pakai doktrin Machiavelli yang menghalal cara-cara dengan memulakan kempen pembohongan dan maklumat yang salah," katanya.

Salleh berkata, kita tidak boleh menuntut standard moral yang tinggi dan berkata bahawa perjuangan kita adalah mulia apabila kita bukan berakhlak mulia dalam tindakan kita.

"Internet adalah milik masyarakat...jadi kita perlu bertimbang rasa terhadap pengguna lain apabila melakukan sesuatu. Walaupun kebebasan bersuara mungkin dianggap sebagai satu hak, orang lain juga mempunyai hak untuk tidak menderita akibat penghinaan dan gangguan kerana penyalahgunaan internet," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor