Pages

Saturday, March 26, 2016

KARNIVAL BERTUKAR KECOH, POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA


Karnival bertukar kecoh, pokok tumbang hempap kereta


Seremban - Kemeriahan orang ramai di Mini Karnival Keusahawanan Mara di Bangunan Seremban Plaza bertukar kecoh apabila terdapat pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut, petang semalam.

Malah kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak teruk akibat dihempap pokok.

Orang ramai yang berada di khemah bertempiaran lari apabila angin kuat turut menyebabkan ada khemah tumbang.

Kejadian sama turut berlaku di Jalan Seremban – Ampangan apabila pokok tumbang menghempap kereta dan menyebabkan berlaku kesesakan teruk di kedua-dua hala.

Difahamkan, turut berlaku kemalangan di Jalan Ampangan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya terdapat beberapa orang awam yang kelihatan trauma kerana terkejut dengan kejadian berlaku.

Setakat jam 7 petang tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban dan Polis masih melakukan kerja-kerja memotong pokok.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor