
Shah Alam - Wakil rakyat dan kerajaan terpilih perlu peka dan mudah diakses rakyat. Demikian pandangan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Shukri Shuib.
Menurutnya, ahli politik yang tidak serius akan menyebabkan khidmat kepada rakyat terganggu.
Menurutnya, apa yang ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya rakyat tidak menyokong sesetengah pemimpin umpama 'keluang' dan kelawar dan hanya berkhidmat bermusim adalah betul.
"Dalam soal kepimpinan kerajaan, wakil rakyat dan kerajaan terpilih perlu peka dan mudah diakses rakyat," katanya.
Katanya, untuk mengelakkan 'YB Keluangman', parti yang kukuh dan berpengalaman mentadbir kerajaan perlu diberikan keutamaan.
"Lihat prestasi pemimpin dan pembangunan di kawasan. Jangan hanya berfokus dan terjebak dalam soal isu dan persepsi yang datang bermusim, fikirkan juga soal survival dan kerja serta komitmen pembangunan yang ingin dilaksanakan.
"Jika rakyat asyik fikir soal isu dan persepsi, ia akan menyebabkan lebih ramai Dun atau Parlimen dipenuhi 'YB jadijadian' yang hanya suka menggembar-gemburkan isu, walhal kawasan sendiri terabai," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor