Pages

Wednesday, March 2, 2016

GADUH: PENYOKONG N9 DIKUMPUL, DIIRING POLIS


Gaduh: Penyokong N9 dikumpul, diiring polis


Lebih 200 penyokong Negeri Sembilan terpaksa dikumpulkan di tepi padang bola di Stadium Hang Jebat, Bandaraya Melaka malam tadi sebagai langkah keselamatan ekoran satu insiden pergaduhan membabitkan penyokong Negeri Sembilan dan Melaka United ketika perlawanan Liga Super membabitkan kedua pasukan.

Dalam pada itu, bas yang dinaiki sekumpulan penyokong Negeri Sembilan turut terpaksa diiringi polis bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini ekoran tindakan sekumpulan penyokong yang berkumpul di luar stadium kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Sehingga jam 12.30 pagi, kumpulan terbabit masih berada di luar stadium sehingga memaksa pasukan Polis Simpanan Persekutuan dikerah untuk menyuraikan mereka.

Dalam insiden berkenaan, kekecohan mula tercetus di tempat penonton kira-kira jam 10.25 malam apabila kelihatan berlaku pergelutan dan tolak menolak antara beberapa penyokog kedua pasukan.

Semasa pergelutan berkenaan, beberapa objek turut kelihatan dilontar ke arah kumpulan yang sedang bertelegah.

Pergelutan antara mereka menjadi bertambah serius sehingga memaksa pasukan keselamatan yang mengawal di stadium berkenaan masuk campur untuk meleraikan ketegangan.

Semalam, Melaka United mengikat pasukan tuan rumah tanpa jaringan.


Ketegangan bermula semula selepas tamat perlawanan ekoran tindakan sekumpulan penyokong tuan rumah yang berkumpul di luar stadium kerana tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi reda sebaik lebih anggota polis, termasuk pasukan Polis Simpanan Persekutuan tiba menyuraikan kumpulan terbabit.

Sehingga kini masih belum dapat disahkan sama ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor