Auckland - Pihak berkuasa New Zealand menghantar pulang seorang wanita yang cuba menyeludup enam biji lemon di dalam poket seluarnya ketika memasuki negara itu.
Anjing pengesan memeriksa penumpang di lapangan terbang Auckland mendapati wanita itu menyeludup buah lemon tersebut yang didakwanya untuk digunakan sebagai sebahagian daripada ubat buatan sendiri bagi merawat penyakit hati.
Menurut kastam, ia bukan suatu yang mengejutkan kerana terdapat buah-buahan yang dilarang masuk oleh undang-undang bagi melindungi hasil dalam negeri.
Wanita itu kemudiannya dihantar pulang ke Hong Kong dalam penerbangan berikutnya.
Menurut jurucakap Kementerian Perusahaan Utama, Craig Hughes, wanita itu memberi alasan lemon tersebut bagus untuk merawat penyakit hati dan penyakit lain yang dihidapinya.
"Ia mungkin benar, namun ia tidak menjadi alasan untuk membawa buah secara haram kerana ia dikhuatiri membahayakan industri hortikultur dan menghalang serangan perosak atau penyakit," katanya dipetik AFP.
Ini bukan pertama kali pihak berkuasa New Zealand menggagalkan cubaan menyeludup flora dan fauna ke negara itu.
Pada tahun 2013, usaha lelaki Vietnam untuk menyeludup ikan melalui lapangan terbang Auckland gagal selepas pegawai menyedari air menitis dari poket seluarnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor