Pages

Tuesday, March 1, 2016

DAKWA UMNO PARTI NAJIB, TUN M SEKALI LAGI KELUAR UMNO



Tun M umum keluar UMNO dalam satu sidang media khasnya yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana petang semalam.

Ini adalah kali ke-3 Tun M tidak bersama UMNO. Kali pertama beliau dipecat pada tahun 1969 kerana melanggar disiplin parti namun masuk semula pada tahun 1972.

Kemudiannya beliau isytihar keluar UMNO pada tahun 2008 kerana protes dan 'kunun' hilang keyakinan terhadap PM Abdullah Badawi dan masuk semula pada tahun 2009 selepas Tun Abdullah Badawi mengundur diri. Kali ini beliau keluar sekali lagi dan dengan atas alasan antaranya UMNO kini adalah UMNO Najib.

Di zaman Tunku Perdana Menteri beliau dipecat namun dizaman Tun Razak beliau dibawa masuk semula. Di zaman Tun Abdullah Badawi beliau isytihar keluar UMNO kerana protes namun di zaman DS Najib beliau dipujuk dan dibawa masuk. Begitulah besarnya budi keluarga Razak terhadap Tun didalam UMNO.

Ketika Tun umum keluar UMNO sekali lagi, banyak pihak menyatakan bahawa mereka tidak terkejut dengan tindakan Tun M kerana ianya sudah dapat diduga. Itulah Tun, apabila gagal mendapatkan kehendaknya akan mengambil jalan menagih simpati dengan mengundur diri.

Mungkin beliau lupa bahawa generasi zaman ini tidak terikat dengan segala budi dan jasa beliau justeru mereka tidak akan hirau jika Tun merajuk dan bersembunyi ke hujung dunia. Mereka tidak peduli dan mereka tidak akan simpati.

Saya adalah antara penyokong kuat Tun M pada zamannya namun saya juga sedar bahawa Tun M bukanlah UMNO dan UMNO tetap akan jadi wadah perjuangan Melayu walau tanpa Tun M lagi.

Tindakan beliau yang keluar masuk UMNO sesuka hati merendahkan kreadibiliti UMNO serta menjatuhkan martabat bangsa Melayu itu sendiri kerana ianya boleh dilakukan sesuka hati.

Kita hormati pendirian Tun untuk keluar dari UMNO namun biarlah ini kali terakhir beliau meninggalkan parti keramat ini dan biarlah beliau tetap kekal diluar sana kerana itu adalah lebih baik untuk UMNO.

Cuma, sejarah akan mencatat bahawa bekas seorang nakhoda telah menenggelamkan kapalnya sendiri atau atau mungkin lebih elok diumpamakan sebagai orang yang membakar jambatan apabila sudah tiba di seberang.


~ Editor

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor