Ottawa - Bekas menteri Kabinet Kanada, Jean Lapierre antara yang terbunuh dalam nahas pesawat yang turut mengorbankan isteri serta tiga adik beradiknya ketika dalam perjalanan ke pengembumian bapanya di timur Quebec.
Rangkaian TVA di mana Lapierre bekerja sebagai pengulas politik berkata, semua tujuh orang dalam pesawat sewa khas dua enjin terbunuh pada Selasa selepas terhempas kerana cuaca buruk di Kepulauan Magdelen di Teluk Saints Lawrence.
Lapiree, 59, dalam perjalanan Îles-de-la-Madeleine untuk menghadiri pengembumian bapanya yang berusia 83 tahun.
TVA berkata, turut terbunuh adalah isteri serta dua dari abangnya serta seorang kakak.
Polis wilayah mengesahkan semua enam penumpang dan juruterbang terbunuh namun nama kesemua mangsa tidak dikeluarkan.
"Kemalangan berlaku ketika pesawat menghampiri lapangan terbang." kata Sarjan polis wilayah Quebes, Daniel Thibodeau yang menyifatkan keadaan cuaca ketika insiden tidak sesuai untuk penerbangan.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut tetapi cuaca buruk menyukarkan anggota penyelamat sampai ke lokasi kejadian.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor