Bandar Baharu - Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Buntar, dekat sini, pagi semalam, bertukar tragedi apabila seorang gurunya meninggal dunia selepas memberi ucapan permulaan.
Ketika kejadian, Suzana Ishak, 48, mengadu sakit kepala sebelum menyerahkan pembesar suara kepada guru lain untuk meneruskan ucapan pada perhimpunan itu.
Pengetua SMK Lubuk Buntar, Azaman Abdul Rahman berkata, hari ini guru berkenaan datang awal ke sekolah dan memaklumkan dia bertugas pada minggu ini untuk memberi ucapan permulaan pada perhimpunan.
"Pada jam 7 pagi, arwah sudah sampai ke sekolah dan sempat memberitahu bahawa dia bertugas minggu ini.
“Arwah juga sempat meminta semua pengawas perpustakaan supaya tunggu selepas selesai perhimpunan hari ini dalam ucapannya itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor