SIKAP prihatin pelawak Ajak Shiro terhadap seorang kanak-kanak yang menderita penyakit kanser darah, Hafiq Qayyum wajar diberi pujian.
Ajak dan beberapa rakannya, telah hadir ke kediaman keluarga adik Hafiq yang terletak di Teluk Gong, Klang bagi menunaikan hajatnya mahu berjumpa dengan adiwira kegemarannya, Ultraman.
Lengkap berpakaian kostum Ultraman, Ajak menghiburkan adik Hafiq dan berjaya menceriakan hari kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan itu.
Adik Hafiq didiagnosis menghidap penyakit kanser darah Ogos tahun lalu dan sejak itu menerima rawatan di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor