Pages

Monday, March 28, 2016

ADUN DARI DAP DIISYTIHAR WAKIL BEBAS


Goh Leong San



Shah Alam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong dari DAP, Goh Leong San diisytihar sebagai wakil Bebas, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Speaker Dun, Datuk Wira Othman Muhammad, dalam ucapan pembukaannya pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka Ke-13, di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi.

Leong San sebelum ini berkata, beliau tidak akan merayu kepada parti selepas Jawatankuasa Pusat DAP memutuskan untuk menggantung keahliannya selama setahun

Konflik dalaman DAP Melaka bukan lagi perkara baru kerana sebelum ini juga ia telah menyebabkan wujudnya dua kem dalam kalangan kepimpinan negeri, di mana satu kem dikatakan diwakili Leong San, Tong Him dan Adun Bachang, Lim Jak Wong.

Sementara satu lagi kem yang diwakili Pengerusi DAP negeri, Tey Kok Kiew; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Adun Kota Laksamana, Lai Kuen Ban dikatakan lebih cenderung kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor