Pages

Thursday, March 31, 2016

1MDB MINTA RAFIZI HENTI CAMPUR TANGAN


Rafizi Ramli


Kuala Lumpur - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya menghentikan campur tangan dalam proses siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap syarikat itu.

Dalam kenyataan, 1MDB berkata ia difahamkan bahawa Rafizi telah membuat laporan polis terhadap pengurusan kanan 1MDB.

"1MDB mengesahkan bahawa pasukan pengurusan kanan akan bekerjsama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan yang difikirkan wajar oleh pihak polis.

"Rafizi mendakwa bahawa beliau telah mendedahkan kepada umum maklumat sulit berkaitan dengan perkara tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sekiranya apa yang dilakukan oleh Rafizi adalah benar, maka ini secara jelas melanggar undang-undang...sekurang-kurangnya mengejutkan dan lebih teruk datang daripada seorang Ahli Parlimen," menurut kenyataan itu.

Ia menyebut: Dakwaan Rafizi untuk membuat pendedahan merupakan sebahagian daripada siasatan PAC, sebuah jawatankuasa di bawah Parlimen dengan dianggotai lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan lima anggota pembangkang.

"Tidak ada keperluan untuk Rafizi mensensasikan apa yang sudah disiasat dan tidak kurang juga secara jelas melanggar undang-undang dengan berbuat demikian.

Syarikat dana pelaburan milik kerajaan itu berkata mereka sentiasa berpendirian secara konsisten bahawa jika terdapat sebarang salah laku, maka tindakan perlu diambil mengikut undang-undang.

Kenyataan 1MDB itu adalah susulan laporan polis oleh Rafizi terhadap pasukan pengurusan kanan syarikat itu supaya satu siasatan dibuka untuk memastikan tidak berlaku sebarang pecah amanah atau apa-apa pelanggaran undang-undang apabila sejumlah RM288 juta dana 1MDB digunakan bagi tujuan membayar faedah pinjaman 1MDB tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada lembaga pengarahnya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor