Johor Bharu - Seorang wanita direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung tulisan menghasut dan menghina Sultan Johor menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, Asisten komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, wanita berumur 26 tahun itu direman sehingga Khamis ini selepas ditahan di tempat letak kereta di Jalan Sutera, di sini kira-kira 3 pagi tadi.
Katanya, pelayan pelanggan (GRO) itu, yang berasal dari Pontian, dibuat ditahan selepas polis menerima laporan seorang lelaki dari Majlis Gabungan Johor pada 8.53 malam di Balai Polis Kempas di sini pada 15 Disember lepas.
"Dalam laporannya, lelaki terbabit menyatakan dia terbaca komen penghinaan terhadap Sultan Johor mengenai isu vape menerusi Facebook atas nama 'Chinta Fina' semasa berada di sebuah kedai makan di Taman Putra di sini, pada 8.15 malam hari yang sama," katanya menerusi kenyataan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor