Pages

Saturday, February 20, 2016

USTAZ KAZIM DIKEJARKAN KE HOSPITAL KERANA SERANGAN JANTUNG


Ustaz Kazim dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung


Bachok - Ribuan penduduk sekitar Bachok dekat sini tidak sempat menyaksikan perkongsian ilmu apabila penceramah jemputan, Datuk Kazim Elias bergegas dihantar ke hospital kerana dipercayai akibat serangan sakit jantung.

Beliau dikatakan sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator, malam ini.

Majlis ceramah perdana itu bermula jam 9.30 malam membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara'.

Jemaah Ahli Lembaga Pengarah PPK Sri Gunong, Mohd Radzuan Hamat yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan Kazim yang lebih dikenali sebagai ustaz Kazim kini stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor