Macksville - Bagaikan mimpi ngeri apabila seorang ibu yang terbangun akibat dikejutkan jeritan anaknya mendapati ular sawa sedang menggigit kepala kanak-kanak tersebut.
Wanita berkenaan, Tammy bertindak pantas merentap ular sawa berkenaan dari kepala anaknya, Tyler dalam kejadian Khamis lepas.
Tammy memberitahu paramedik bahawa anaknya juga luka akibat gigitan di bahagian tangan dan digigit beberapa kali di bahagian sebelah kiri kepala.
Kejadian terebut juga dikongsikan ke Facebook bersama foto seorang lelaki memegang bangkai ular tersebut yang telah dibunuh.
Keluarga Tammy juga menafikan dakwaan bahawa ular tersebut merupakan binatang peliharaan mereka dalam perkongsian berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor