Pages

Monday, February 15, 2016

TUN M BAKAL DITANGKAP?


 Mahathir Mohamad


Shah Alam - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa seolah-olah memberi amaran untuk menangkapnya gara-gara lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melalui catatan terbaharu di blognya, Tun Mahathir berkata, “ketua penerangan (Annuar) yang baharu kata saya melakukan ini kerana saya mahu ditangkap. Ini jelas boleh jadi satu amaran untuk menangkap saya.”

Sebelum ini, Annuar berkata tindakan berterusan Tun Mahathir yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mencetuskan persoalan sama ada beliau sedang merancang agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.

Kata Annuar, tindakan boleh diambil ke atas Tun Mahathir sekiranya ada laporan polis dibuat berhubung kenyataan menghasutnya itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor