Pages

Thursday, February 11, 2016

TINGGAL KEKASIH KERANA KELUARGA HIDANG SANTAPAN SEDERHANA


Tinggal kekasih kerana keluarga hidang santapan sederhana


Jiangxi - Seorang wanita berusia 27 tahun sanggup memutuskan hubungan dan meninggalkan teman lelakinya apabila dihidangkan sajian bertaraf sederhana bagi sambutan Tahun Baharu Cina.

Memetik laporan Shanghaiist.com, wanita tersebut yang berasal daripada golongan berada telah bersama dengan teman lelakinya sejak setahun yang lalu.

Meskipun hubungan mendapat tentangan daripada kedua belah pihak, pasangan tersebut masih meneruskan perhubungan dan berhadap semua akan menjadi lebih baik sekiranya mereka sudah berkahwin.

Difahamkan, keluarga wanita itu bimbang lelaki itu tidak mampu menyediakan tempat tinggal untuk anak mereka sebaik sahaja mereka berkahwin.

Lelaki itu yang berasal daripada keluarga miskin, dikatakan membawa pulang teman wanitanya buat pertama kali ke kampungnya.

Mereka berdua merancang untuk bertemu dengan keluarga pihak lelaki buat kali pertama.

Keadaan yang berjalan lancar bertukar dingin sebaik sahaja wanita itu tiba dirumah keluarga lelaki itu dan duduk di meja makan untuk menikmati hidangan Tahun Baharu Cina.

Difahamkan lagi, dia sangat terkejut dengan hidangan makanan yang dianggap tidak setaraf dengan kedudukannya.

Wanita tersebut kemudiannya terus meninggalkan lelaki itu dan pulang semula ke Shanghai.

Insiden tersebut kemudiannya dikongsikan oleh wanita terbabit menerusi aplikasi sosial terkenal di China, Weibo.

Ia mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya mengecam tindakan wanita itu yang dikatakan terlalu memilih dan angkuh dengan apa yang dimiliki.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor