Pages

Saturday, February 13, 2016

TAK SERIK KANTOI AMBIL GAMBAR TAK SENONOH


Tak serik kantoi ambil gambar tak senonoh


Singapura - Seorang bekas pelajar politeknik dibicarakan buat kali kedua untuk kesalahan mengambil gambar tidak senonoh di tempat awam (voyeur) semalam.

Menurut laporan Straits Times, Clemence Koh Junxiang, 18 pernah ditangkap pada 13 Julai lepas dan dikenakan hukuman 24 bulan berkelakuan baik.

Namun Clemence ditangkap pada dua hari berikutnya selepas beliau menyelinap masuk ke tandas perempuan untuk merakam gambar.

Sebanyak 2,744 gambar tidak senonoh ditemui ditemui di dalam telefon bimbit Clemence.

Clemence bagaimanapun merayu untuk diringankan hukuman iaitu pengawasan, kaunseling dan terapi.

Hakim bagaimanapun menyifatkan Clemence gagal menghargai peluang yang diberikan oleh mahkamah sebelum ini.

Clemence dijatuhkan hukuman pemulihan terancang, latihan dan kaunseling.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor