Shanghai – Golongan kaya di China kini kemaruk untuk memiliki spesies monyet kecil atau Marmoset, dipercayai hadiah paling ideal sempena Tahun Baharu China walaupun menyalahi undang-undang China.
Laman web di Shanghai berkata, jual beli haram dan kejam ini membabitkan harga yang boleh mencecah sehingga 30,000 yuan (RM18,930) seekor.
Berasal dari Hutan Hujan Amazon, Marmoset adalah antara primat terkecil di dunia, dengan berat hanya mencecah 100 gram.
Menurut Zoo San Diego, haiwan ini kini terancam akibat nilainya di pasaran antarabangsa.
Sebelum ini, selera golongan kaya dan elit tertumpu kepada memiliki anjing Mastiff Tibet, yang boleh mencecah sehingga AS$278,000 (RM1.1 juta).
Selepas tindakan membanteras rasuah di China, nilai anjing Mastiff Tibet menjunam dan kegilaan terhadapnya mula berkurangan, lapor New York Times.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor