Pages

Wednesday, February 3, 2016

SIMEN ANAK: BICARA KES DISEBUT 15 OGOS DEPAN


mahkamah


Shah Alam - Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan empat hari sebagai tarikh perbicaraan kes seorang lelaki menanam anaknya di dapur sebuah rumah di Selayang, tahun lalu.

Hakim, Datuk Ghazali Cha menetapkan tarikh itu bermula 15 Ogos selepas dimaklumkan oleh peguam bela, Mak Kah Keong pihaknya menerima kesemua dokumen berkaitan kecuali foto berwarna.

Tertuduh, Loo Chon Wen, 34, yang memakai baju t kelihatan tenang sepanjang prosiding sebentar tadi.

Chon Wen didakwa membunuh anak lelakinya Loo Yong Shen Evan, 9, di rumah No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong, jam 2 petang pada 29 Mac 2015.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pada 12 November tahun lalu, isterinya, Tan Boa Jia, 34, dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melupuskan barang kes dengan menanam mayat Evan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor