Kuala Lumpur - Perdana Menteri mahu punca pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat pendaratan cemas di Batu 2, Kuala Selangor, pagi ini, disiasat secepat mungkin.
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan terbaharu di laman Facebook beliau turut menyatakan rasa syukurnya kesemua lapan anak kapal pesawat itu selamat.
"Terima kasih juga kepada nelayan tempatan yang menghulurkan bantuan kepada anak-anak kapal TUDM. Semoga Allah SWT merahmati anda," katanya.
Dalam insiden pada 8.50 pagi itu, pesawat yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor.
Menurut laporan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, semua mangsa kejadian diselamatkan orang awam dengan menaiki perahu nelayan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor