Klang - Sekumpulan perompak terpaksa berputih mata walaupun dapat melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) sejauh satu kilometer dari sebuah pondok pengawal dekat sebuah kilang aksesori kereta di Jalan Kebun di sini pagi semalam.
Ini kerana kabel yang digunakan untuk menarik mesin ATM berkenaan terputus di hadapan sebuah flat di Bandar Putra di sini, menyebabkan mereka tidak berpeluang mengambil wang di dalamnya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, kejadian 5.26 pagi itu dikesan oleh seorang daripada pengawal yang bertugas di kilang itu.
"Mesin ATM itu diheret di jalan raya dengan sebuah kereta menuju ke Lebuhraya Kesas. Bagaimanapun, mesin itu ditemui ditinggalkan di tepi jalan di hadapan flat di Bandar Putra itu," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Azman berkata polis percaya lebih daripada seorang suspek terlibat melakukan perbuatan itu.
Suspek itu menggunakan sebuah kereta bercermin gelap dan polis sedang giat mengesan mereka, katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor