“Ship of Dreams”, Titanic dilaporkan karam selepas melanggar sebongkah ais di utara Lautan Atlantik pada tahun 1912, lebih daripada 100 tahun yang lalu, tetapi sekarang Titanic akan berlayar lagi.
Satu projek bernilai £300 juta (RM1,806,018,759) oleh jutawan Australia, Clive Palmer dihasilkan khas untuk membina sebuah replika kapal yang berfungsi sepenuhnya seperti Titanic yang karam dahulu.
Syarikat beliau, Blue Star Line merancang untuk melancarkan Titanic-II, yang sama secara fizikal dengan tambahan keselamatan dan ciri-ciri navigasi yang lebih moden.
Sama seperti versi dimensi yang asal iaitu 270 meter panjang dan 53 meter tinggi, Titanic II bakal menawarkan tiket kelas pertama, kedua dan ketiga.
Ini adalah rupa Titanic-II jika ia diteruskan dibandingkan dengan gambar-gambar arkib Titanic yang terdahulu.
TANGGA UTAMA: BAHAGIAN KELAS PERTAMA
Titanic
Titanic II
KAFE: KELAS PERTAMA
Titanic
Titanic II
KOLAM RENANG
Titanic
Titanic II
RUANG MAKAN: KELAS PERTAMA
Titanic
Titanic II
BILIK TIDUR MEWAH: KELAS PERTAMA
Titanic
Titanic II
BILIK KAWALAN KAPAL
Titanic
Titanic II
Jika Titanic II belayar, pelayaran sulungnya pada 2018 adalah dari Jiangsu di timur China ke Dubai, UAE; bukan seperti Titanic asal yang berlayar dari Southampton, Britain ke New York, Amerika Syarikat.
Ia mempunyai ruang untuk 2,435 penumpang dan 900 anak kapal (hanya lebih sedikit daripada Titanic sendiri) dengan peningkatan kapasiti jumlah bot penyelamat.
Titanic asal tenggelam berikutan perlanggaran dengan bongkah ais di Atlantik Utara. Lebih 1,500 penumpang dan anak kapal terkorban bukan kerana lemas tetapi suhu sejuk melampau di laut itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor