
Uttar Pradesh - Seorang pengantin lelaki terbunuh selepas peluru yang dilepaskan oleh salah seorang tetamu ketika meraikan perkahwinannya mengenai lelaki itu, kata polis tempatan.
Amir Rastogi, 28, maut ketika mengetuai majlis ke rumah pengantin perempuan di Uttar Pradesh.
"Lelaki berkenaan ditembak di kepala oleh tetamu yang datang ke majlis perkahwinan tetapi polis akan melihat kemungkinan yang lain termasuk pembunuhan," kata pegawai penyiasat di wilayah Sitapur, Umar Shankar Singh kepada AFP.
Shanka berkata, pengantin lelaki jatuh dari kudanya selepas ditembak dan kemudian dikejarkan ke hospital di Lucknow sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Isnin lalu seorang remaja berusia 14 tahun terbunuh selepas tertembak di sebuah majlis perkahwinan di kawasan kejiranan Baghat
Kanak-kanak 8 tahun turut maut di wilayah Shamli selepas pekerja parti politik melepaskan tembakan ketika meraikan kemenangan dalam pilihanraya Februari lalu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor