
Beijing – Kerana berang selepas mendapat tahu suaminya mempunyai perempuan simpanan, seorang wanita di China bertindak menetak kepala lelaki itu dengan parang pemotong daging.
Dalam video yang dirakam di sebuah hospital tempatan, parang tersebut dilihat masih melekat di belakang kepala lelaki curang berkenaan.
Video yang menjadi viral selepas dimuat naik ke LiveLeak semalam dirakam sebelum lelaki itu menjalani pembedahan untuk mencabut parang berkenaan.
Dia juga kelihatan dalam keadaan masih lagi sedar dan hanya duduk sambil menjawab pertanyaan daripada beberapa jururawat.
Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut nama mangsa, isteri mahupun tempat kejadian.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor