Pages

Tuesday, February 2, 2016

'NAMPAK SELUAR TREK AWA'


'Nampak seluar trek Awa'


Jasin – “Saya tak sangka yang arwah jatuh dalam lubang tu. Saya mula-mula tak percaya sampai saya nampak seluar trek dia,” kata bapa Raja Nur Najjuwa Arianna, Raja Mohamad Shahrunnizam.

Raja Nur Najjuwa Arianna, 7, ditemui meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh di dalam lubang kumbahan di belakang tandas Sekolah Rendah Agama, Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai.

Raja Mohamad Shahrunnizam Raja Harun, 44, berkata, pada mulanya hanya menyangka anak yang dipanggil Awa itu terjatuh ketika berlari dengan kawan-kawannya selepas dimaklumkan guru berhubung kejadian.

“Ustazah telefon beritahu Awa jatuh dan selepas sampai sekolah saya terkejut rupanya dia jatuh dalam lubang kumbahan.

“Mula-mulanya saya tak percaya sampaikan saya nampak seluar trek kepunyaan arwah,” katanya selepas ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Penghulu Benteng di sini, hari ini.

Dia dan isteri-isterinya Noor Azlina Roslan, 32, dan Hamimahwati Abu Bakar, 48, masih lagi bersedih dan terkejut dengan pemergian anak kelima dari tujuh beradik itu.

“Kejadian masih baru lagi berlaku, kami tak dapat nak fikir lagi apa-apa. Tapi saya reda dengan cara dia pergi. Ini dah ketentuan,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor