Pages

Sunday, February 28, 2016

[MUADZAM SHAH] ILMU TAKSIRAN ZAKAT BERI NILAI TAMBAH


Ilmu taksiran zakat beri nilai tambah


Graduan jurusan perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah bukan sahaja perlu bijak dalam perancangan kewangan tetapi juga dalam bidang menaksir zakat.

Pengarah Kursus Persijilan Taksiran Zakat, Dr Mohd Rizuan Abdul Kadir berkata, pengetahuan itu merupakan satu lagi tambahan ilmu supaya mereka lebih bersedia memenuhi permintaan pasaran.

“Setiap graduan terutama jurusan perakaunan seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai zakat supaya memiliki kelayakan untuk melakukan taksiran zakat ketika di alam pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, pengetahuan mengenai zakat tidak mengira agama kerana mampu menjadi satu nilai tambah untuk berkecimpung dalam bidang pekerjaan kelak.

Kursus yang diadakan di Auditorium Uniten, Bandar Muadzam Shah itu dirasmikan Adun Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain yang mewakili Menteri Besar Pahang.

Mohd Rizuan berkata, objektif utama kursus ialah melatih dan membentuk pentaksir zakat yang berkemahiran dalam membuat penilaian bagi memastikan kewajipan membayar zakat terlaksana.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor