Pages

Sunday, February 14, 2016

[MENTAKAB] MAYAT REMAJA DITEMUI SELEPAS DILAPOR HILANG TIGA HARI


Mayat remaja ditemui selepas dilapor hilang tiga hari


Seorang remaja berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari, ditemui lemas di Sungai Kerayong, dekat Kampung Mambang di sini, SEMALAM.

Ketua Balai Bomba Mentakab, Kamaruddin Mohd Saufi berkata, mayat itu ditemui kira-kira jam 8.17 pagi oleh anggota Unit Selam Skuba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai berkenaan telah dilakukan sejak Rabu lalu sejurus menerima laporan mengenai kehilangannya kira-kira jam 4 petang, oleh bapanya.

“Berdasarkan maklumat awal, remaja berkenaan dikatakan telah terjatuh dari jambatan kampung Tanjung Kerayong secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan.

Kamaruddin berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 3.28 kilometer dari lokasi dilaporkan dia hilang.

“Kita telah melancarkan SAR untuk mencari mangsa dengan kekuatan enam anggota dari Unit Selam Skuba dan empat anggota Unit Bot Penyelamat serta dibantu orang kampung.

“Selain itu, 17 pegawai dan anggota kami turut melakukan tugas pemantauan di sepanjang sungai berkenaan sehinggalah mayat dijumpai,” katanya.

Mayat berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) untuk bedah siasat.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor